Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Gubahan ditgh2 meja makan damai
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Gubahan ditgh2 meja



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 25-Feb-2007 09:27
Mentari di Ambang Perkahwinan, Gelang Patah, JOhor
Projek ini merupakan assignment bg subjek CCO 5023, Catering system operation. Objektif projek ini ialah pelajar2 dikehendaki mengaplikasikan teori mengenai sistem katering yg telah diajar di dalam kelas ke dalam sebuah majlis perkahwinan dgn meggunakan kemahiran2 yg telah dipelajari sepanjang belajar di Institut Hospitaliti YPJ, Johor Bahru.

Pelajar2 ini adalah dari Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari, Sem 5. Mereka telah di bahagikan kepada 2 kump dan kump ini telah dikepalai oleh Syukri Mansod. Mempunyai kekuatan 19 org, kump ini dikuatkan lagi dengan kehadiran Faizal bin Toha, anak jati Gelang Patah sendiri.

Dalam projek ini, kumpulan syukri telah berjaya mendapatkan voucher penginapan di Port Dickson, menyiapkan kek 2 tingkat, menghias khemah makan damai dan membantu aktiviti penanggahan. Apa yg menariknya, pihak tuan rumah telah memberikan khemah yg kosong shj utk acara makan damai. Dengan kerjasama semua ahli mereka berjaya menghias khemah tersebut dgn baik sekali....

Kesimpulan, ramai yg teruja dengan hasil kerja pelajar2 saya dan pihak tuan rumah amat berpuas hati dgn hasil kerja mereka. Kalau tak percaya tanya Mak Long..(tuan rumah). Walaubagaimanapun, oleh kerana kekurangan pengalaman, byk lagi ruang yg perlu dibaiki dan saya berharap projek ini dpt mencapai objektif dan pelajar dpt belajar sesuatu darinya.

Syabas dan tahniah saya ucapkan...tetapi mungkin Kumpulan 2 iaitu Geng Batu Pahat yg dikepalai oleh anak jati Batu Pahat sendiri sudah besedia untuk menyaingi Kumpulan 1 pada 4.03.07 di Batu Pahat nanti.Apa yg menarik, lokasi perkahwianan ini merupakan lokasi yg paling teruk dilanda banjir di dalam negeri Johor tempoh hari. Lokasi yg jauh dari Johor Bahru dan keadaan lokasi sedemikian menjadi cabaran utama kump ini. Sekiranya mereka berjaya menjalankan projek ini dgn baik, pastinya kemenangan berada di tangan mereka. Apapun sama2 kita nanti Mentari di Ambang Perkahwinan di Batu Pahat, JOhor.

Wish all of you good luck and all the best......................

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.